![]() profile I'm adyla & i'm 19. I don't plan to delete this blog for now. Although I won't be active here anymore. So please visit me in my new blog, thanks. goal To upgrade. To achieve. To graduate. With rainbow colours. archives November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 the tagboard
affiliates My Crazy Sister, Zimah My Beloved Cuzzie, Nina My Beloved Cuzzie, Nisa My Beloved Cuzzie, Tasha My Lovely Sister, Kak Rufi My Close Gf, Shimma My Bestie, Charlotte My Close Gf, Syafiqah My Close Gf, Ain My Loving Friend, Aqidah My Adorable Buddy, Kathy My Sweet Friend, Taufiq My Cute Classmate,Janice My Cute Classmate's BF,Eugene S'pore Poly Make-Up Artiste Club credits you can remove this if you don't have a conscience. i assure you i will not hunt you down. skin by: Jane |
Tuesday, April 1, 2008 @ 5:28 PM
ingin ku menjadi wanita acuan Al-Quran ![]() Wanita Acuan Al-Quran Wanita acuan Al-Quran ialah seseorang wanita yang beriman, yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT. Yang sentiasa haus dengan ilmu. Yang sentiasa dahaga dengan pahala. Yang solatnya adalah maruah dirinya. Yang tidak pernah takut berkata benar. Wanita acuan Al-Quran ialah wanita menjaga tutur katanya. Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya. Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya. Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung. Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai ramai musuh. Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanya. Yang sentiasa berbakti kepada ibubapanya. Yang bakal membahagiakan kehormanian rumahtangga. Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama Islam. Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta. Yang mengamalkan cara hidup penuh kesederhanaan. Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat. Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya. Yang hidup di bawah naungan Al-Quran & mencontohi sifat Rasulullah SAW, serta wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah. Yang boleh diajak berbincang dan berbicara. Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atas-Nya. Wanita acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa. Matanya kepenatan kerana kuat membaca. Yang suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir. Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan. Bangun subuhnya penuh kecerdasan, kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan. Wanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati. Yang baginya hidup di dunia adalah ladang di akhirat. Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga. Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian bersama lelaki. Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak terpesona, dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga. Di disitulah rumah impiannya. Bersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWT. Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran. AMIN... |